Wednesday 20 January 2016

Sesi Muqaddima...





SESI MUQADDIMA
Bismillahirrahman nirrahim…
Bulan permulaan, hari permulaan. Tak taulah jika blog masih relevan untuk menyampikan berita, berkongsi cerita dan membelek kisah suka duka. Namun, dedikasi blog ini adalah perkongsian utamanya untuk membincangkan apa-apa sahaja permasalahan anak terutamanya anak angkat.

Saya tidak tahu sejauh mana syarikat NGO atau Non-Government Organisation (Badan Bukan Kerajaan) dikenali umum. Mungkin jika saya maklumkan saya bersama-sama Yayasan OrphanCARE atau OrphanCARE Foundation, ada yang pernah dengar kot.

Di OrphanCARE Foundation (atau saya lebih suka ringkaskan kepada OC) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mula ditubuhkan sejak  2011 lagi. Lama kan? Pengasasnya merupakan seorang lelaki budiman yang jiwanya terikat dengan kerja-kerja kebajikan. Allah lebih menyayanginya kerana Allahyarham Dato Adnan Mohd Tahir sudahpun dipanggil menghadap Ilahi.

Namun, usaha murninya itu tetap diteruskan. Tan Sri Faizah Mohd Tahir (beliau merupakan kekanda kepada Allahyarham Dato Adnan) seterusnya dilantik menjadi Pengerusi di OrphanCARE Foundation. Kami dinaungi KDYMM Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom D.K. Malah KDYMM Sultanah Pahang sering mencemar duli menghadiri aktiviti-aktiviti yang kami adakan. Bertuah sungguh kami di OrphanCARE!           



Dari kiri: Noraini Hashim (Trustee), Kim Nazali (Trustee), Tan Sri Faizah (Pengerusi), KDYMM Sultanah Pahang, Aishah (berbaju ungu – Trustee) serta tetamu yang hadir ke OC beberapa tahun lalu.


Kenal tak siapa jejaka yang pakai shades tu? Itulah Jeremy Jackson (adik-beradik keluarga The Jackson). Sebenarnya ada banyak lagi info nak bagitau kepada semua pembaca mengenai OrphanCARE Foundation ni. Sila rujuk cerita di bawah.   

Selain Tan Sri Faizah, OrphanCARE Foundation mempunyai lima orang pemegang amanah dan mereka adalah Datin Elya Lim Abdullah (balu kepada Allahyarham Dato Adnan), Noraini Hashim, Aisha dan Kim Nazali dan Dr. Joe.


Baby Hatch dan Deinstitutionalisation (DI)
Bukan istilah yang biasa kita dengar tetapi ia seakan-akan dekat di hati kita. Baby Hatch atau pelindung bayi adalah projek pertama kami sejak awal penubuhan. Di sinilah kami berjaya menyelamatkan 130 nyawa bayi yang tidak berdosa. Di sinilah kami sampaikan khabar gembira buat pasangan yang tidak mempunyai zuriat.

“Kenapa menggalakkan orang buat maksiat?” Kami selalu dikecam dengan persoalan ini. Tapi jawapan kami… KAMI HANYA MAHU BAYI ITU DISELAMATKAN! EVERY CHILD NEEDS A FAMILY, ITU MOTO KAMI.”


Ini demo sahaja tau! Kami tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTC) untuk capture wajah orang yang meletakkan bayi di Baby Hatch.


Deinstitutionalisation (susah sikit nak sebut kan? J ) adalah projek kedua kami di mana kami cuba untuk menyatukan kembali anak-anak yang dihantar ke rumah kebajikan kepada keluarga kandungan untuk dipelihara. Bukan 100% anak-anak di rumah kebajikan atau institusi adalah anak yatim piatu. Ada di antara mereka yang masih mempunyai ibu atau ayah. Kami mahu mereka mendapat belaian kasih sayang secukupnya dari keluarga kandung atau setidak-tidaknya dari sebuah keluarga angkat.


“Andai nyawaku bukan untuk kamu hargai, sampaikanlah kasih sayangku buat mereka yang mengingini ku…”

Rasanya informasi serba ringkas ini sudah cukup untuk membolehkan anda rangkumkan cerita saya menjadi satu mengenai matlamat kami. Tau apa dia? Kami mahu mendapatkan sebuah keluarga untuk ‘anak-anak kami’. Ya, anak-anak yang dihantar\diletakkan\di bawah pemerhatian kes kami atau dalam bahasa paling ringkas … kami mengendalikan proses hunting keluarga angkat yang ingin mengambil ANAK ANGKAT.


Banyak kisah lain yang akan dikupas dalam entri akan dating. Saya berharap, pembaca senyap di luar sana boleh berkongsi pengalaman agar perkongsian ini lebih bermakna buat kami dan anda. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment