Tuesday 9 February 2016


URUSAN JUAL BELI ANAK

Fuh…takut dengar tajuk entri kali ni. Pernah terfikir nak jual anak? Mahupun membeli seorang anak? Pembaca senyap, ada yang perlahan-lahan menjawab dalam hati, bimbang orang di sebalah mengerling ke arah anda pula. Ini bukan isu baru, malah kini ia semakin menjadi-jadi.


Setiap kali kami di OrphanCARE Foundation menerima kunjungan dari luar terutamanya para wartawan, kami sentiasa disogokkan dengan cerita-cerita bayi yang dijual. Jika harga yang diletakkan setakat RM4,000 hingga RM 5,000 OK lagi lah. Ini ada yang sanggup menjual bayi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit!


Laporan akhbar tempatan.
 
Di laman-laman Facebook misalnya, banyak juga yang membuka akaun untuk memberi dan menerima bayi. Biasanya bayi yang diserahkan atau ‘diumumkan’ di status FB ini adalah anak tidak sah taraf. Si ibu atau orang yang dipertanggungjawabkan untuk ‘melelong’ anak di FB akan memberikan kriteria yang mereka perlukan. Dan dari segi permintaannya pula, tentulah ramai yang beratur untuk memiliki anugerah Allah ini.

 

Lagi laporan akhbar tempatan.
 

Macam-macam ragam proses pembelian dan pemberian anak angkat di laman FB ini. Puas saya scroll satu per satu untuk mengetahui lebih mendalam bagaimana proses ini berlaku. Ada yang tidak mahu anak tidak sah taraf, ada yang tidak mahu ibu kandung berjumpa anak kandung setelah proses penyerahan dijalankan. Malah ada juga menipu konon-konon sedang mengandung dan mencari keluarga angkat yang sanggup memelihara anaknya. Padahal diri sendiri tidak mengandung. Penipu!


Hal-hal begini membuatkan saya terfikir kesanggupan manusia untuk mendapatkan anak sebagai pelengkap kehidupan. Banyak cara yang tersedia untuk membolehkan mereka memohon anak angkat. OrphanCARE misalnya ditubuhkan untuk menyelamatkan bayi dan kanak-kanak terbiar. Di samping mencari keluarga angkat untuk bayi dan kanak-kanak, kami juga memberi peluang kepada keluarga kandung (ibu dan ayah) kanak-kanak yang dihantar ke pusat kebajikan mengambil semula anak mereka dan tinggal bersama.

 

Gambar ihsan Google.


Tahukah anda, anak-anak yang ditinggalkan di pusat kebajikan akan mengalami banyak masalah dari segi pembangunan mental? Mencecah usia 18 tahun, mereka perlu meninggalkan pusat kebajikan. Bagaimana mereka mahu survive? Sudahlah kurang kasih sayang, terpaksa berdikari pula tanpa ada pengalaman lalu atau tempat mengadu. Ramai yang kecundang dan akhirnya terlibat dalam kancah jenayah. Kejamnya dunia atau kejamnya kita yang tidak pernah ambil tahu?!

Mendaftarlah dengan OrphanCARE Foundation dan berikan kami peluang untuk membantu anda mendapatkan anak angkat. Kami tidak bekerja untuk mendapat keuntungan kerana niat kami hanya satu, menyelamatkan bayi dan kanak-kanak terbiar. Di sini, kami menyediakan training untuk para ibu bapa yang bakal menerima anak angkat. Kami juga mempunyai kaunselor untuk anda dapatkan kaunseling sekiranya perlu. Anda tidak berseorangan.  Ya, anda boleh memilih untuk terus mengikuti akaun FB yang boleh memberi dan menjual anak secara berleluasa tetapi pernahkan anda terfikir risiko yang bakal anda hadapi?
 


Apa yang kami lakukan di OrphanCARE Foundation.
 
Jika anda inginkan maklumat lebih lanjut, sila hubungi OrphanCARE Foundation di talian 03-7876 1900 atau emelkan sebarang pertanyaan di alamat admin@orphancare.org.my

2 comments:

  1. Assalam.sy bakal menerima seorang anak angkat dr biomum.walaubagaimanapun biomom tersebut merupakan pendatang asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan.Apakah prosedur yg perlu sy lakukan bagi memastikan proses pengambilan ini sah.

    ReplyDelete
  2. Salam Puan. Mohon Puan hubungi OrphanCARE di talion 03-78761900. Pegawai kami akan cuba membantu Puan dengan khidmat nasihat. Terima kasih.

    ReplyDelete