Kek harijadi istimewa dari ibu bapa Tia. Sedap!
Suasana di OrphanCARE seperti
biasa. Kakitangan OrphanCARE mula memenuhi ruang pejabat seawal jam 8.00 pagi
lagi. Di dalam jadual temu janji, beberapa tetamu akan datang ke sini atas
pelbagai urusan termasuk kesudian untuk membantu client kami di bawah seliaan
team Deinstitutionalisation. (TERIMA KASIH SEMUA!)
Lebih kurang jam 11 pagi, sebuah
kenderaan yang agak familiar untuk kami diletakkan betul-betul berhadapan
OrphanCARE. Sudah menjadi kebiasaan pasangan yang sudah melalui proses
pengambilan anak angkat datang ke sini untuk bertemu kami, hanya sekadar
berbual dan membawa anak mereka ke sini agar kami boleh melihat perkembangan si
kecil.
Tetapi kali ini sedikit berbeza. Tia
(bukan nama sebenar) dalam dukungan ibunya kelihatan sungguh comel! Gaun merah
dan skaf berbunga di kepala melengkapkan penampilan si comel ini. Dari jauh,
senyuman Tia meruntun hati kami. Rupa-rupanya ia adalah hari paling istimewa
untuk Tia. Hari lahirnya yang pertama.
Sebiji kek diletakkan di atas
meja oleh Mr. Steven (bukan nama sebenar). Dari perbualan kami, tidak sangka
pasangan ini teruja untuk menyambut hari lahir Tia di OrphanCARE. Menurut
mereka, sambutan hari istimewa ini lebih bermakna jika diadakan bersama orang-orang
yang ‘menyatukan’ mereka bertiga. Kami benar-benar terharu! Hanya senyuman yang
terus-menerus diukir sambal melihat Tia yang
masih kecil dan baru ‘dapat kaki’ (pandai berjalan) sibuk menjelajah ruang
pejabat.
Thank you Mr Steven dan isteri
kerana turut membuatkan kami berasa gembira dan dihargai. Kepada Tia, teruskan
mengukir senyuman manis dan jadilah anak yang terbaik buat kedua ibu bapamu. Walau
dari mana pun kami berasal, kamu tetap jantung hati yang paling berharga buat
kedua ibu bapamu dan kami di OrphanCARE!
HAPPY BIRTHDAY TIA!
No comments:
Post a Comment