NALURI KASIH SEORANG ANAK ANGKAT
Awal pagi semalam, kesesakan lalu lintas
di Lebuhraya Persekutuan menyesakkan dada. Kerana menggalas tanggungjawab
kepada Allah, diri dan majikan, kesukaran itu hanya dilihat sebelah mata. Dari
sudut positifnya, dalam kesesakan itulah kita boleh cuba untuk mendekatkan diri
kepada Yang Maha Pencipta.
Zikir adalah terapi diri. Pernahkah anda
cuba untuk berzikir sepanjang perjalanan dari rumah sehingga ke tempat kerja
atau dari tempat kerja pulang ke rumah? Tanpa perlu mendengar radio. Atau
setidak-tidaknya beralih ke frekuensi 91.5 saluran IKIM.FM untuk mendengar ceramah-ceramah,
usrah dan banyak lagi perkongsian maklumat untuk membentuk peribadi diri.
Lebih penting, semalam kami menghadiri
satu training (rutin setiap hari
Rabu) bersama trainer kami Ms. Lari Cannon. Bagi pembaca (ibu bapa yang
tersenarai di dalam senarai menunggu ibu bapa angkat OrphanCARE) yang pernah
menghadiri Parent Adoptive Training (PAP), pasti anda kenal Ms. Lari ni. Hari
ni sedikit berbeza kerana kami dapat tonton video. YAY! Ms. Lari bawa sebekas popcorn, acah-acah di GSC J
Perkongsian kali ni bukan soal wayang, popcorn dan jauh sekali Ms. Lari. Apa
yang ingin saya kongsikan adalah isi kandungan video yang kami tonton. Ia
adalah sebuah video yang mengisahkan lima orang anak angkat dari China dalam
perjuangan atau lebih tepat perjalanan mencari ibu bapa kandung mereka. Kisah
kelima-lima anak gadis ini mengusik hati kecil saya.
Dipendekkan cerita, hanya seorang
daripada anak-anak ini berjaya menjejaki ibu bapa kandungnya. Pertemuan itu
bermula apabila Jenna terbang merentasi benua dari Amerika Syarikat ke
Ma’anshan, China. Di sana, Haley dan keluarga angkatnya mula menampal poster di
kawasan-kawasan pedalaman yang dirasakan berhampiran dengan tempat tinggal
keluarga kandungnya.
Kuasa Tuhan, tidak beberapa lama selepas poster
ditampal, seorang wanita (sepupu Haley) mendakwa dia tahu siapa keluarga Haley. Kemidian, seorang lelaki mendakwa dia bapa kandung Haley. Ternyata, pabila
kedua-dua mereka duduk bersebelahan, iras wajah itu cukup kuat mengatakan
mereka berkongsi DNA yang sama. Si bapa akui, dia tidak sempat bertemu anak
bongsu kesayangannya buat kali terakhir. Gugur air matanya bagai memberitahu
dunia, hatinya TIDAK SANGGUP!
Bayang si ibu langsung tidak kelihatan.
Kesibukan kerja untuk menyara keluarga membataskan waktu untuknya bertemu
Haley. Atau mungkin dia serba salah kerana ibu kandung Haley yang terpaksa
melepaskannya pergi. Dia ditinggalkan hanya berbekalkan sekeping nota bertulis tarikh lahir Haley. Persoalan ini juga bermain di fikiran anak gadis ini
tetapi dia masih positif untuk bertembung hakikat masa depan.
Keputusan DNA positif. Dan hari untuk
bertemu ibu dan adik-beradik yang lain tiba. Saat bertemu, suasana menjadi
sayu. Airmata mereka gugur, tetapi tidak Haley. Mungkin dia semakin kuat dan
matang menerima hakikat. Kisah Haley memecah berita utama di China dan Amerika.
Satu keajaiban telah berlaku. Bagi haley, dia kini lega kerana akhirnya, usaha
untuk menjejaki kedua-dua orang tuanya berhasil.
Kenapa Haley ditinggalkan? “Kami tidak
mampu untuk menanggung kehidupan. Seorang lagi anak perempuan bukan
penyelesaian untuk kehidupan akan datang,”jawab ibunya. Apa yang pasti, di
sini, soal gender atau jantina
menjadi persoalan. Adakah anda juga (baik ibu bapa kandung atau ibu bapa
angkat) meletakkan isu jantina masalah utama?
Ikuti kisah Haley di http://www.bjreview.com.cn/life/txt/2010-08/02/content_288309.htm
Keluarga angkat Haley di Amerika Syarikat. (ihsan JEANNIE
BUTLER)
Haley
bersama kedua ibu bapa kandung serta adik-beradiknya yang lain dalam satu sesi
pertemuan di Shanghai. (ihsan ZHU
JUAN)
p/s: Apakata anda klik http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wanita-menyusukan-anak-angkat
untuk mendapatkan maklumat terperinci atau bertanya kepada ahli agama yang
lebih pakar.