Wednesday, 29 June 2016

ORPHANCARE TERJAH SUNGAI PETANI!



20 Jun lalu, team OrphanCARE berada di Sungai Petani, Kedah atas satu misi. Setahun lalu, kami ke sana untuk melancarkan cawangan OrphanCARE di sebelah utara serta program awareness di kolej-kolej Komuniti. Kali ini, kami kembali untuk meneruskan perjuangan OrphanCARE iaitu menyelamatkan bayi terabai.

Dalam bahang Ramadan, kami bersama-sama mengatur langkah ke Bazar Ramadan Taman Ria, antara bazar yang sering menjadi sebutan warga tempatan. Menurut orang Sungai Petani, bazar ini ‘meriah’ dengan jualan makanan yang enak! Suasana sibuk dengan kenderaan yang keluar masuk ke bazar membuatkan kami teruja. “Banyak peluang untuk menyampaikan informasi ni,” getus hati kami. Bonet kereta dikosongkan. Kurma-kurma yang dibungkus serta kepingan pamphlet dibawa bersama. Ya, kami di sini untuk menyebarkan maklumat mengenai perjuangan OrphanCARE, atau lebih tepat lagi untuk memaklumkan kepada warga Sunga Petani akan kehadiran OrphanCARE di bahagian utara.




Persekitaran bazar mulai sibuk. Masing-masing kusyuk membeli juadah berbuka puasa. Berbeza dengan kami, begitu fokus untuk mendekati pengunjung-pengunjung bazar agar informasi mengenai OrphanCARE sampai ke pengetahuan mereka. Selain menyebarkan maklumat, kami juga menunaikan niat untuk menderma. Kurma yang dibungkus disampaikan kepada pengunjung termasuk peniaga yang ada di sana.




Alhamdulillah, sambutan yang kami terima menggalakkan. Sehingga selesai misi kami di sana, pengunjung yang menerima pamphlet dari kami masih memegang maklumat tersebut dalam genggaman. Besar harapan kami sekiranya maklumat itu dapat dibaca dan dinilai sebaiknya.

Urusan di bazar selesai. Keesokannya kami akan berkunjung ke Kolej Komuniti Sungai Petani untuk kempen kesedaran seterusnya.

Kesibukan laluan menghala ke Kolej Komuniti Sungai Petani tidak melewatkan perjalanan kami. Setibanya di Kolej Komuniti, kami dibawa terus ke dewan auditorium untuk mendengar alunan qasidah. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan ringkas dari Pengarah Kolej Komuniti Sungai Petani, Puan Hjh Namriah. Pihak OrphanCARE juga diberi peluang untuk menyampaikan maklumat serta memeperkenalkan misi dan visi OrphanCARE dihadapan 200 pelajar serta kakitangan Kolej Komuniti. Sebaik selesai sesi ucapan serta penyerahan sumbangan, majlis berbuka puasa disemarakkan dengan tazkirah Ramadan.







Tiga hari kami berada di Sungai Petani. Maklumat dan kesedaran sudahpun disampaikan. Semoga usaha OrphanCARE dipanjang-panjangkan ke pengetahuan seluruh Malaysia. Misi kami, MENYELAMATKAN NYAWA BAYI DAN KANAK-KANAK SERTA MENEMPATKAN MEREKA BERSAMA SEBUAH KELUARGA. Memetik kata-kata Pengerusi OrphanCARE, YBhg. Tan Sri Faizah Mohd Tahir, semoga satu hari nanti Baby Hatch tidak diperlukan lagi.







Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai misi OrphanCARE serta mengadakan satu segmen khas bersama kakitangan syarikat, boleh menghubungi kami di talian 03-7876 1900 atau emailkan kepada orphancare.anis@gmail.com. Cawangan OrphanCARE di Sungai Petani terletak di:

No. 4400, Lorong Serampang 2/1,
Taman Ria Jaya, Sungai Petani,
08000, Kedah Darul Aman.


‘EVERY CHILD NEEDS A FAMILY'




Wednesday, 1 June 2016

SAMBUTAN TEA PARTY YANG MERIAH!

Wawa the clown

Masanya datang lagi. OrphanCARE Tea Party! Sejak tiga tahun lalu, OrphanCARE mengadakan sambutan Tea Party agar kami dapat bertemu dengan ‘anak-anak’ yang kini lebih bahagia bersama keluarga angkat mereka. Istimewa kali ini, sambutan Tea Party diadakan di Blokke Café, Citta Mall dan dihadiri lebih 40 pasangan. Konsep cafe dengan indoor play area di sini cukup menggembirakan kami semua. Selain mereka boleh makan, anak-anak pula boleh bermain di play area. Tema Lego memenuhi keseluruhan ruang dan warna-warna pilihan cukup menceriakan suasana.

Seawal jam 12 tengah hari lagi, kakitangan OrphanCARE sudah mula memenuhi ruang Blokke Café. Dekorasi mula dipasang dan meja mula diatur. Kami cuba memastikan tetamu yang hadir selesa dan dapat menikmati hiburan yang disediakan. Jam 1.30 petang, kami mula menerima kehadiran para tetamu. Ada yang datang ala Princess Elsa, lengkap dengan gaun birunya sekali. Mereka malu-malu tetapi lama-kelamaan menjadi mesra.





Tepat jam tiga petang, majlis dimulakan dengan perkongsian Life Book. Kemudian, sedikit ucapan alu-aluan dan pemberitahuan mengenai PENCARIAN KELUARGA ANGKAT SEMENTARA (FOSTER PARENT) oleh Puan Aishah. YA, KAMI MENGALU-ALUKAN SUKARELAWAN YANG INGIN MENJADI FOSTER PARENT DI BAWAH ORPHANCARE FOUNDATION.

Kejutan pertama kami, WAWA THE CLOWN! Ada anak-anak yang menangis kerana mungkin takut melihat Wawa tetapi ramai juga yang terlebih exited. Ibu bapa pun ada juga yang happy melihat Wawa. Kiranya, Wawa ni memang datang untuk menggembirakan tetamu baik anak-anak dan juga ibu bapa. Banyak permainan yang Wawa dah plan untuk anak-anak. Ada yang menari, tiup belon, berlari dan macam-macam lagi. Pendek kata, mereka semua dibuli Wawa! Face painting juga disediakan untuk anak-anak dan ibu bapa yang ingin ‘make up’ luar biasa.


Persembahan lucu dan menyeronokkan dari Wawa


Riuh-rendah Blokke Café adalah muzik iringan yang cukup menggembirakan kami. di sini, perkembangan ‘anak-anak’ kami terzahir depan mata. Ada yang kami masih ingat kisah mereka sampai di Baby Hatch dan ada sesetengahnya kami boleh cam wajah mereka sewaktu masih bayi! Hubungan di antara OrphanCARE dan ibu bapa ini tidak pernah terputus malah kami berharap agar kami boleh terus menjadi sebahagian daripada keluarga anda. Kegembiraan yang terpancar di wajah anak-anak ini membuatkan kami lebih bersemangat untuk meuar-uarkan kepada public akan tujuan kami berada di sini.

Pemilik Blokke Cafe, Sheahnee Iman Lee turut sibuk melayan para tetamu.


Majlis ini akhirnya disudahi dengan sesi fotografi bersama semua tetamu. Ramai sungguh ahli keluarga kami! Terima kasih kami ucapkan kepada penyumbang individu yang sudi menghulurkan sumbangan, kepada pihak penaja seperti Childhood Basic Marketing, Tollyjoy dan  Banyak memori terukir. Yang masih kuat, salah seorang anak reintegrasi menunjukkan aksi bouncing yang kami rasakan agak menakjubkan kerana sungguhpun berbadan gempal, dia masih mampu menolak tubuh untuk terus berdiri di papan bouncing! (Ini diakui sendiri oleh tuan empunya badan. 😜

Keluarga besar OrphanCARE Foundation.

 Warga kerja OrphanCARE Foundation bersama Pemegang Amanah dan sukarelawan.

Kami enjoy! Semoga anda juga begitu :) 

Senyuman dari kami di OrphanCARE Foundation. Jumpa lagi tahun hadapan!


EVERY CHILD NEEDS A FAMILY.

KAMI AKAN TERUS BERUSAHA MENYELAMATKAN NYAWA ANAK-ANAK DAN MENYATUKAN MEREKA DENGAN KELUARGA YANG MEMPUNYAI LEBIHAN KASIH SAYANG UNTUK DIAGIHKAN.

Hulurkan bantuan anda ke:
Orphancare Foundation
Nama bank: CIMB
No akaun: 86-0086023-8

Jika anda ingin membantu anak-anak yang sudah direintegrasi, sila hubungi Anis di talian 03-78879469/9459 atau emailkan sebarang pertanyaan kepada orphancare.anis@gmail.com

Selain bantuan kewangan, kami juga mengalu-alukan bantuan berbentuk:
  • Bayaran kelas tuisyen atau kelas tambahan
  • Sukarelawan untuk menjadi tutor bagi membantu anak-anak dalam matapelajaran
  • Sumbangan barang keperluan harian seperti beras, susu, milo dsb.
  • Barangan rumah seperti kipas, tilam, katil, almari pakaian dsb.
  • Mengajar tuisyen, lukisan dan kesenian, komputer
  • Menjadi pengajar untuk kelas memasak, baking dan jahitan.