Happy
New Year 2017! Diam tak diam
selangkah kita ke tahun yang baru. Mungkin masih ada azam tahun lepas yang
masih belum lunas dan dipertimbangkan untuk diteruskan tahun ini. Walau apapun
yang pasti tahun baru ini OrphanCare akan tetap meneruskan perjuangan kami
untuk menyelamatkan bayi dan kanak-kanak terabai. Kami akan cuba untuk membawa
pulang anak-anak di rumah kebajikan kembali bersama keluarga mereka. Rumah tanpa
penghuni umpama ruang peribadi yang hanya mendamba hati. Sirami anak-anak
dengan kasih-sayang keluarga kerana tanpa keluarga, apalah ertinya kehidupan
anak-anak ini.
2017 menyaksikan satu lagi ikhtiar untuk membolehkan anak-anak yang
terabai ini dibelai dan memperoleh kasih-sayang. Kami pasti dalam perjalanan
kehidupan di antara kita tidak lancar seperti orang lain. Biarpun sudah
berumahtangga namun rezeki zuriat masih belum tiba biarpun hampir lima tahun
menunggu. Lebih menguji apabila doktor mengesahkan salah seorang pasangan tidak
berupaya untuk memberi zuriat. Sebagai alternatif, kami di OrphanCare ingin
membantu anda mendapatkan anak angkat dengan cara yang betul. Malah kami juga
akan memulakan satu lagi kaedah baru iaitu fostering.
Fostering atau anak peliharaan sementara pertama kali diadakan. Kami masih
mencari-cari pasangan yang ingin mendaftar sebagai ibu bapa pelihara kepada
bayi dan kanak-kanak yang kami selamatkan. Mereka perlukan tempat berteduh,
kasih-sayang dan perhatian seseorang yang boleh mereka gelarkan mama dan ayah.
Kami menjemput anda untuk mendaftar dengan kami dengan menghantarkan
email kepada admin@orphancare.org.my
atau anda boleh juga menghubungi kami di talian 03-78761900 (Isnin – Jumaat,
8.30am – 4.30pm).
EVERY CHILD NEEDS A FAMILY
No comments:
Post a Comment