Sunday 28 February 2016

HARGAI SEBUAH NYAWA YANG TIDAK BERDOSA!

Laporan akhbar 26 Februari 2016
 
 
 
Lagi......
 
 
Dan lagi...
 
 
 
Kurniaan akal oleh Allah kepada manusia bukan sekadar untuk memenuhi struktur tubuh. Indahnya ciptaan Tuhan apabila ia sebenarnya memberi fungsi yang lebih baik kepada kita. Setiap langkah dan perbuatan, adalah hasil dari fikiran yang dibuat oleh akal. Berbelit pula intro kali ni kan? Sejak akhir tahun 2015 sehingga kini (akhir Februari), dada akhbar masih dipenuhi kisah kes pembuangan bayi. Lepas satu kes, satu kes pula menyusul. Bagai satu trend pula.
26 Februari lalu, negara dikejutkan dengan ‘kunjungan’ seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat di belakang Masjid Darul Ehsan SS15, Subang Jaya. Bayi comel yang hanya bertilamkan batu kerikil dan tanah merah ditemani semut-semut nakal yang menggigit tubuh genit yang baru dilahirkan. Menurut polis, bayi seberat 1.78kg ini dilahirkan tidak cukup bulan (pre-mature) dan berusia lingkungan 32 minggu.
Terasa lelah menahan amarah kerana barangkali sifat manusia kini sudah tidak ada pertimbangan. Kiranya, anak yang dilahirkan tanpa ikatan (ini pandangan peribadi saya) tidak layak mendapat kasih-sayang dari si ibu? Namun, untuk dibuang bukan penyelesaiannya.
OrphanCARE Foundation yang terletak di Petaling Jaya (kami juga beroperasi di Sungai Petani dan Johor termasuk di 8 buah hospital KPJ – Kpj Tawakal Kuala Lumpur, KPJ Damansara, KPJ Ipoh, KPJ Johor, KPJ Seremban, KPJ Penang, KPJ Perdana Kota Bharu dan KPJ Kuantan) ditubuhkan untuk menyelamatkan bayi-bayi dan anak-anak yang terabai. Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk mendapatkan anak-anak ini sebuah keluarga yang boleh menjadi pendamping mereka untuk melalui kehidupan masa depan.
Di OrphanCARE, kami menyediakan Baby Hatch dan sentiasa bersedia menerima mana-mana bayi yang dihantar. Setiap bayi yang diletakkan di Baby Hatch lebih terjamin keselamatannya kerana ia melindungi dari apa sahaja ancaman bahaya. Meletakkan bayi di Baby Hatch bukan satu kesalahan jenayah! Andainya hati sudah bulat untuk tidak mahu menjaga bayi anda, letakkan secara baik bayi anda di Baby Hatch kerana di sini, kami juga melakukan proses pengambilan anak angkat.
Buat pasangan yang sudah berkahwin 5 tahun atau lebih dan masih belum mempunyai cahaya mata, anda boleh membuat permohonan dengan menghantarkan email kepada admin@orphancare.org.my. Maklumkan di dalam email permohonan anda untuk mendapatkan anak angkat. Saya yakin, ramai pasangan di luar sana yang sangat menginginkan anak. Izinkan mereka menjadi penjaga dan ibu bapa kepada anak-anak yang anda tidak mampu untuk pelihara atas sebab-sebab tertentu. Izinkan mereka memberi kasih-sayang yang anda tidak mampu untuk sampaikan dan izinkan mereka menjadi pelindung kepada bayi anda kandung.
Every child needs a family, begitu mudah mentafsirkan maksud disebalik moto OrphanCARE Foundation. Setiap anak-anak yang lahir memerlukan sebuah keluarga sebagai sokongan untuk membesar dengan baik dari segi mental dan fizikal.
 
 
 
 

 

No comments:

Post a Comment