URUSAN JUAL BELI ANAK
Fuh…takut dengar tajuk entri kali ni. Pernah terfikir nak
jual anak? Mahupun membeli seorang anak? Pembaca senyap, ada yang
perlahan-lahan menjawab dalam hati, bimbang orang di sebalah mengerling ke arah
anda pula. Ini bukan isu baru, malah kini ia semakin menjadi-jadi.
Setiap kali kami di OrphanCARE Foundation menerima kunjungan
dari luar terutamanya para wartawan, kami sentiasa disogokkan dengan
cerita-cerita bayi yang dijual. Jika harga yang diletakkan setakat RM4,000
hingga RM 5,000 OK lagi lah. Ini ada yang sanggup menjual bayi sehingga
mencecah puluhan ribu ringgit!
Laporan akhbar tempatan.
Di laman-laman Facebook misalnya, banyak juga yang membuka
akaun untuk memberi dan menerima bayi. Biasanya bayi yang diserahkan atau ‘diumumkan’
di status FB ini adalah anak tidak sah taraf. Si ibu atau orang yang
dipertanggungjawabkan untuk ‘melelong’ anak di FB akan memberikan kriteria yang
mereka perlukan. Dan dari segi permintaannya pula, tentulah ramai yang beratur
untuk memiliki anugerah Allah ini.
Lagi laporan akhbar tempatan.
Macam-macam ragam proses pembelian dan pemberian anak angkat
di laman FB ini. Puas saya scroll satu per satu untuk mengetahui lebih mendalam
bagaimana proses ini berlaku. Ada yang tidak mahu anak tidak sah taraf, ada
yang tidak mahu ibu kandung berjumpa anak kandung setelah proses penyerahan
dijalankan. Malah ada juga menipu konon-konon sedang mengandung dan mencari
keluarga angkat yang sanggup memelihara anaknya. Padahal diri sendiri tidak
mengandung. Penipu!
Hal-hal begini membuatkan saya terfikir kesanggupan manusia
untuk mendapatkan anak sebagai pelengkap kehidupan. Banyak cara yang tersedia
untuk membolehkan mereka memohon anak angkat. OrphanCARE misalnya ditubuhkan
untuk menyelamatkan bayi dan kanak-kanak terbiar. Di samping mencari keluarga
angkat untuk bayi dan kanak-kanak, kami juga memberi peluang kepada keluarga
kandung (ibu dan ayah) kanak-kanak yang dihantar ke pusat kebajikan mengambil
semula anak mereka dan tinggal bersama.
Gambar ihsan Google.
Tahukah anda, anak-anak yang ditinggalkan di pusat kebajikan
akan mengalami banyak masalah dari segi pembangunan mental? Mencecah usia 18
tahun, mereka perlu meninggalkan pusat kebajikan. Bagaimana mereka mahu survive? Sudahlah kurang kasih sayang,
terpaksa berdikari pula tanpa ada pengalaman lalu atau tempat mengadu. Ramai yang
kecundang dan akhirnya terlibat dalam kancah jenayah. Kejamnya dunia atau
kejamnya kita yang tidak pernah ambil tahu?!
Mendaftarlah dengan OrphanCARE Foundation dan berikan kami
peluang untuk membantu anda mendapatkan anak angkat. Kami tidak bekerja untuk
mendapat keuntungan kerana niat kami hanya satu, menyelamatkan bayi dan kanak-kanak
terbiar. Di sini, kami menyediakan training untuk para ibu bapa yang bakal
menerima anak angkat. Kami juga mempunyai kaunselor untuk anda dapatkan
kaunseling sekiranya perlu. Anda tidak berseorangan. Ya, anda boleh memilih untuk terus mengikuti
akaun FB yang boleh memberi dan menjual anak secara berleluasa tetapi pernahkan
anda terfikir risiko yang bakal anda hadapi?
Apa yang kami lakukan di OrphanCARE Foundation.
Assalam.sy bakal menerima seorang anak angkat dr biomum.walaubagaimanapun biomom tersebut merupakan pendatang asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan.Apakah prosedur yg perlu sy lakukan bagi memastikan proses pengambilan ini sah.
ReplyDeleteSalam Puan. Mohon Puan hubungi OrphanCARE di talion 03-78761900. Pegawai kami akan cuba membantu Puan dengan khidmat nasihat. Terima kasih.
ReplyDelete